2/04/2013
Kristian , Katolik , Ortodoks , Protestan dan Anglikan
Assalamualaikum. Hai stalker. Hari ini aku nak share dengan korang
sedikit maklumat tentang beberapa istilah yang berkaitan dengan Christianity.
Ramai yang familiar dengan perkataan-perkataan ini tapi tak ramai yang tahu apa
maksud dan sejarah disebalik perkataan-perkataan ini. Selalunya dengar-dengar
macam tu saja. Itupun bila traffic light berhenti depan gereja , terbaca la nama-nama
gereja ni. So , Insyaallah , harap membantu sedikit sebanyak.
Pada hari ini, istilah ‘Christian’ digunakan untuk merujuk kepada
mereka yang menganut agama yang dibawa oleh Jesus Christ. Istilah ini
sebenarnya tidak pernah digunakan oleh Jesus Christ bagi menggelar pengikutnya
sepanjang hayat baginda. Ia buat pertama kalinya digunakan oleh Raja Agrippa II
iaitu seorang raja Pagan di kota Antioch sewaktu Saul the Tarsus cuba untuk
mengkristiankan beliau sekitar 42 M [Acts 26:28]
Jesus Christ memulakan misi dakwahnya selepas dibaptiskan oleh
sepupunya ‘’John the Baptist’’ (Yohanna/Yuhanna/Yahya) ketika umurnya sekitar
30-an. Dalam usaha dakwahnya, baginda menekankan bahawa beliau bukanlah membawa
agama baru akan tetapi meneruskan ajaran Mosses (Musa) dan untuk melengkapi hukum Torah (Taurat)
yang telah diselewengkan oleh Bani Israel [Mat 5:17-20].
Baginda hanyalah diutuskan untuk membetulkan kembali ‘’The Lost Sheep
of Israel’’ yang terpesong akidahnya dan Jesus melarang pengikutnya dari menyebarkan
agama Kristian kepada Gentiles ataupun bukan bani Israel (Non-Israel) [Mat
15:24]. Intipati utama dakwah Jesus Christ ialah keESAAN ALLAH S.W.T (bukan islam) yang terpelihara dari
kekurangan dan hanya SATU sahaja TUHAN yang wajib disembah [Mark 12:29].
Ajaran ini selari dengan pemahaman Islam yang turut mengiktiraf Jesus
Christ sebagai salah seorang daripada lima rasul terulung. Selepas peristiwa
penyaliban Jesus Christ (muslim tidak percaya baginda mati seperti mana yang
dianuti mereka. Nauzubillahimin Zalik) dan kebangkitan semula Jesus selepas
meninggal dunia selama tiga hari, baginda dikatakan duduk ‘’at the right hands
of God’’ di dalam Syurga. Misi dakwah baginda ketika ini disambung oleh
anak-anak buahnya ataupun dikenali sebagai
‘’The apostles/ Disciples of Jesus Christ’’.
Kisah dakwah mereka diceritakan
di dalam buku act of Apostles. Dalam Islam, golongan ini dikenali sebagai puak
‘’Hawariyyun’’ ataupun penolong-penolong agama Allah.Dalam Quran, Allah telah
mengurniakan darjat kepada puak Hawariyyun atas keteguhan mereka menolong agama
Allah. Kemudian, Saul the Tarsus mendakwa telah mendapat visi bertemu dengan
Jesus Christ dalam perjalanannya ke Demascus [Acts 9:3-6].
Beliau sebelum ini merupakan penentang utama ajaran Jesus Christ dan
dilihat begitu aktif dalam menjejak dan menghukum pengikut agama Jesus Christ
[Acts 9:1]. Beliau pada asalnya tidak diterima oleh golongan Hawariyyun tetapi
disebabkan pengaruh Barnabas, akhirnya Saul the Tarsus diterima oleh Apostles.
Selepas mendapat visi, Saul the Tarsus dikenali sebagai Paul. Setelah beberapa
lama menjalankan misi dakwah bersama, akhirnya Paul telah membawa haluan
sendiri kerana tidak lagi sekepala dengan puak Hawariyyun.
Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan konsep
‘’salvation’’ iaitu Jesus Christ mati di salib untuk menebus dosa manusia.
Beliau seterusnya telah mengiktiraf dirinya sebagai Apostles bagi puak Gentiles
[Eph 3:1,8]. Kisah mengenai puak Hawariyyun tiba-tiba menjadi senyap di dalam
Bible dan baki Bible hanya bercerita tentang misi Paul dalam menyebarkan agama
Kristian. Menjelang tahun 70 AC, golongan Puak Hawariyyun telah lumpuh dan
Christian ajaran Paulus telah mendapat tempat dan semakin berkembang dalam
pemerintahan kerajaan Roman.
Mereka menggelarkan diri sebagai Catholics yang bermaksud ‘’sejagat’’.
Dan ketika ini, muncullah satu ideology yang mengaitkan Jesus Christ sebagai
‘’The Son of God’’ . Lama kelamaan, berlakulah pertembungan ideologi dalam
kalangan Bishop mengenai status ketuhanan Jesus Christ. Dua tokoh hebat kristian
yang bertelagah ialah Arius dan Athanasius. Arius dan pengikutnya meyakini
segala keajaiban yang dilakukan Jesus Christ serta kedudukan tertinggi beliau.
Akan tetapi, mereka meyakini bahawa Jesus hanyalah seorang Rasul dan
makhluk cipataan Tuhan. Perjuangan mereka berlandaskan seruan John 14:28
Athanasius pula meyakini bahawasannya Jesus Christ adalah anak tuhan yang
hakiki. Ini membawa kepada persidangan Nicae I pada tahun 325 AC yang
dianjurkan oleh Maharaja Constantinople. Seramai 2048 yang hadir tetapi undian
dibuat dalam kalangan 318 orang sahaja. Persidangan ini telah mencapai resolusi
melalui sebuah perjanjian yang dikenali sebagai ‘’Nicene Creed’’.
Pada ketika ini, Kristian mempercayai konsep dwinity iaitu God the
Father dan Jesus sebagai The Son of God. Entiti ketiga ketuhanan dalam agama
kristian hanya lengkap pada tahun 381 AC melalui persidangan Nicae kedua.
Melalui resolusi ‘’Niceno-Constatinopolitian Creed’’ akhirnya Doktrin Trinity telah dibentuk yang
merangkumi God The Father, Jesus Christ dan Holy Spirit. Tidak lama kemudian,
perbalahan dalaman antara gereja telah membawa kepada perpecahan pentadbiran
gereja kepada dua pentadbiran iaitu Roman Catholic dan Eastern Orthodox pada
tahun 1054 AC
Masing-masing ketika itu ingin menjadi ketua kepada gereja.Roman
Catholic berpusat di Rom dan hari ini berpusat di Vatican City. Eastern
Orthodox pula berkembang disekitar Syiria. Walaubagaimanapun, Eastern Orthodox
gagal berkembang dengan pesat. Eastern Orthodox masih mengekalkan konsep
Keesaan Allah. Tapi, tidak lama kemudian ia turut berpecah dan kebanyakan dari
mereka akhirnya percaya dengan konsep Jesus sebagai anak Tuhan.
Hanya sebilangan kecil sahaja
yang masih berpegang dengan prinsip Arius. Manakala doktrin trinity yang
diasaskan pula telah menimbulkan banyak permasalahan kepada pengikut agama
kristian. Oleh itu, satu persidangan yang dinamakan ‘’Council of Florence’’
telah diadakan pada tahun 1442 AC yang menetapkan bahawa ketiga-tiga peribadi
entity dalam trinity berbeza tetapi ketiga-tiganya tetap bersatu sebagai satu
tuhan yang tidak mengalami sebarang bentuk perpisahan. Kemuncak kepada
perpecahan gereja membawa kepada satu lagi perpecahan penting pada kurun ke 16
apabila Roman Catholic berpecah kepada dua iaitu Catholic dan Protestant.
Sehingga ke hari ini, terdapat lebih 33,800 aliran kristian di seluruh dunia
(laporan Newsweek April 2000).
Katolik dan Protestan dahulunya adalah satu. Diceritakan pada suatu ketika , gereja di Rom
memerlukan duit dan dana tambahan. Lalu paderi mereka menjual ‘’sijil
pengampunan’’ atau disebut
‘’Indulgence’’ untuk orang-orang yang ingin diampuni dosanya. Maka ramai
golongan bangsawan dan hartawan berbuat maksiat sewenang-wenangnya lalu
kemudiannya membeli sijil ini untuk diampunkan dengan mudah lalu secara tidak
langsung ekonomi gereja semakin meningkat mendadak.
Tidak lama kemudian Roman Katolik berpecah kepada Protestan yang
diketuai oleh Martin Luther. Pengikutnya kini dinamakan Lutherian (rujuk Gereja
Lutherian). Martin Luther menolak sesetengah kitab di dalam New Testament
(Perjanjian Baru) yang dianggapnya tidak authentic (tidak asli).
Ajaran khas Martin Luther yang
seringkali juga diakui sebagai ciri khas ajaran Reformasi disimpulkan dalam tiga
sola, yaitu sola fide, sola gratia, dan sola scriptura, yang berarti
"hanya iman", "hanya anugerah", dan "hanya Kitab
Suci". Maksudnya, Luther menyatakan bahwa keselamatan manusia hanya
diperoleh karena imannya kepada karya anugerah Allah yang dikerjakannya melalui
Yesus Kristus, sebagaimana yang disaksikan oleh Kitab Suci. (Efesus 2:8-9 Sebab
karena kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu,
tetapi pemberian Allah,itu bukan hasil pekerjaanmu: jangan ada orang yang
memegahkan diri.).
Dengan demikian, Luther menolak ajaran Gereja saat itu yang menjanjikan
keselamatan melalui penjualan surat-surat pengampunan dosa (indulgensia).
Luther menyatakan bahwa manusia diselamatkan bukan karena amal atau
perbuatannya yang baik, melainkan semata-mata oleh karena anugerah Allah. Hal
ini didasarkan pada perkataan Paulus dalam Surat Roma: "Akan tetapi Allah
menunjukkan kasih-Nya kepada kita, oleh karena Kristus telah mati untuk kita,
ketika kita masih berdosa." (Roma 5:8)
Gereja Lutheran mengakui dua sakramen: Pembaptisan dan Perjamuan Kudus.
Katekismus Lutheran mengajarkan bahwa pembaptisan adalah karya Allah,
berlandaskan perkataan dan janji Kristus; sehingga dilayankan baik bagi bayi
maupun orang dewasa. Gereja Lutheran percaya bahwa roti dan anggur dalam
perjamuan kudus adalah sungguh-sungguh tubuh dan darah Kristus yang
dianugerahkan kepada umat Kristiani untuk dimakan dan diminum, yang
diperintahkan oleh Kristus sendiri.
Banyak Kaum Lutheran yang melestarikan pendekatan liturgis terhadap
Ekaristi. Komuni Kudus (atau Perjamuan Tuhan) dipandang sebagai tindakan
sentral dari pemujaan Kristiani. Gereja Lutheran percaya bahwa roti dan anggur
dalam perjamuan kudus hadir bersama dengan tubuh dan darah Yesus, bukannya
menggantikan atau melambangkan tubuh dan darah-Nya belaka. Mereka mengaku dalam
Apologi dari Pengakuan Augsburg:
Di dalam ajaran Roman Katolik , kitab Bible mereka mempunyai 73 buah
buku. Dan bagi ajaran Protestan pula ada 66 buku. Terdapat 7 buah buku yang tidak
diperakui oleh golongan Protestan sebagai contoh Tobit dan Baruch. Perbezaan lain antaranya seperti dalam
Katolik, Mary/Maria dianggap suci selari dengan fahaman Trinity , akan tetapi
bagi golongan Protestan, Maria hanyalah manusia biasa yang melahirkan Jesus.
Berbanding dengan Protestan, Gereja Ortodoks juga mempunyai banyak
perbezaan dengan Katolik akan tetapi lebih banyak persamaan dengannya. Di
kalangan penganut Kristian, mereka cenderung menganggap bahawa perbezaan utama
keduanya adalah Gereja Ortodoks banyak
menekankan ritual dan doa-doa dalam bahasa tertentu, terutamanya dalam bahasa
Yunani Kuno atau bahasa Slavonik Kuno (Old Church Slavonik). Prinsip utama
ibadah atau literasi yang dijalankan adalah supaya penganut-penganutnya dapat
memahami dengan jelas. Oleh itu, Gereja Ortodoks menyokong usaha penterjemahan
Kitab Suci ke bahasa setempat. Bahasa Yunani Perjanjian Baru (Koine) – bahasa
asli Kitab Suci Perjanjian Baru – bahasa ini mendapat tempat yang istimewa
dalam kehidupan di gereja. Tambah lagi
gereja Ortodoks lebih bersifat mistik. Gereja-gereja Ortodoks juga cenderung
menjadi gereja nasional, contohnya Gereja Ortodoks Rusia, Yunani dan
sebagainya.
Anglicanisme – Istilah Anglikan (dari bahasa Latin abad pertengahan
Ecclesia, Anglicana bermaksud ‘Gereja Inggeris’) digunakan untuk menggambarkan
orang-orang, badan-badan, dan gereja-gereja serta tradisi pemujaan dan konsep
teologi yang dikembangkan oleh Gereja Inggeris, Komuniti Anglikan dan kelompok
yang berasimilasi di atas gereja-gereja indipenden yang telah memisahkan diri
mereka dari Komuniti Anglikan akibat daripada perbezaan-perbezaan doktrin dan
pemujaan dengan berbagai provisi. Di beberapa tempat Anglikan juga dikenal
sebagai Episkopal.
Komuniti Anglikan menganggap diri mereka sebagai sebahagian daripada
Gereja yang Esa, Kudus, Katolik dan Apostolik dan bersifat Katolik dan pada
masa yang sama ia juga bersifat Reformatoris. Bagi beberapa penganutnya, Gereja
ini mewakili Katolisme tanpa pengaruh Paus , dan sebahagiannya mewakili Protestanisme tanpa tokoh dominan
seperti Martin Luther, Calvin, Knox atau Wesley. Bagi kebanyakan penganut
Anglikan, identity diri mereka mewakili suatu kombinasi dari kedua-duanya.
Komuniti ini secara teologinya merupakan asimilasi yang luas dan seringkali
berubah rupa dari 38 provinsi yang berhubung dengan Bishop agung Canterbury.
Komuniti Anglikan adalah salah satu komuniti Kristian yang mendominasi dunia
dengan bilangan penganutnya yang berjumlah 73 juta orang.
Tujuh Persidangan Gereja yang Pertama
- Wikipedia (LIHAT BOLD WORD)
Tempoh agama Kristian daripada Persidangan Nicaea Pertama (325) hingga
Persidangan Nicea Kedua (787) dinamakan sebagai tempoh Tujuh Persidangan
Gereja.
1. Persidangan Nicaea
Pertama (325); tidak mengakui Arianisme dan Quartodecimanisme, menerima pakai
Pengakuan Iman Nicea yang asal. Persidangan ini dan semua persidangan
berikutnya tidak diiktiraf oleh gereja-gereja bukan triniti—Arianisme, Unitari,
Mormon, dan Jehovah's Witnesses.
2. Persidangan
Constantinople Pertama (381); menyemak kembali Pengakuan Iman Nicea kepada
bentuk yang digunakan sekarang di gereja-gereja Timur dan Ortodoks Orient dan
melarang sebarang pindaan lanjut Pengakuan Iman tersebut tanpa persetujuan
persidangan gereja.
3. Persidangan Ephesus
Pertama (431); tidak mengakui Nestorianisme, mengisytiharkan Maryam Perawan
sebagai Theotokos(bahasa Yunani Η Θεοτόκος, "Pembawa Tuhan" atau
lebih umum lagi "Ibu Tuhan").
4. Catatan: Lihat Persidangan Gereja Keempat
untuk mengetahui perbezaan dalam membuat penomboran bagi persidangan ini dan
persidangan berikutnya.
Persidangan Ephesus Kedua
(449); menolak Nestorianisme. Pope Dioscorus mendapati Eutyches menjadi penganut
Ortodoks. Dioscorus, bagaimana pun, mengisytiharkan kutukan terhadap Eutyches
tidak lama selepas Persidangan Chalcedon. Persidangan ini tidak diiktiraf oleh
golongan Chalcedon (golongan Katolik dan Ortodoks Byzantine).
Persidangan Chalcedon
(451); tidak mengakui doktrin monophysitisme ajaran Eutyches yang menggambarkan
dan menggariskan dua zat al-Masihsebagai manusia dan tuhan; menerima pakai
Pengakuan Iman Chalcedon. Bagi mereka yang menerimanya, ia adalah Persidangan
Gereja Keempat (menamakan persidangan sebelumnya yang ditolak oleh persidangan
ini sebagai "Synod Perompak"). Persidangan ini dan semua persidangan
berikutnya tidak diiktiraf oleh Kommunion Ortodoks Orient. Persidangan ini
tidak diterima oleh golongan Katolik sehinggalah Persidangan Lyon Kedua (1274).
5. Persidangan
Constantinople Kedua (553); mengesahkan keputusan-keputusan dan doktrin-doktrin
yang dihuraikan oleh persidangan-persidangan sebelumnya, mengutuk
tulisan-tulisan pengikut baru Arius, Nestor dan Monofisit, mendekrikan
Theopaschite Formula.
6. Persidangan
Constantinople Ketiga (680–681; tidak mengakui Monothelitisme,mengesahkan
bahawa al-Masih mempunyai kehendak kemanusiaan dan ketuhanan.
Persidangan Quinisext (=
Kelima dan Keenam) atau Persidangan di Trullo (692); lebih kepada persidangan
pentadbiran yang mengangkat beberapa hukum gereja tempatan ke status gereja,
menubuhkan prinsip-prinsip disiplin pendeta, dan menumpukan kanun Bible. Ia
tidak dianggap sebagai satu persidangan dapat berdiri penuh di atas haknya
sendiri kerana ia tidak memutuskan permasalahan doktrin. Persidangan ini
diterima oleh Gereja Ortodoks Timur sebagai sebahagian daripada Persidangan
Constantinople Ketiga, tetapi ditolak oleh golongan Katolik Rom.
7. Persidangan Nicaea Kedua
(787); pengembalian penghormatan terhadap ikon dan penamat ikonoklasme. Ia
ditolak oleh beberapa mazhab Protestan yang sebaliknya lebih mengutamakan
Persidangan Hieria (754) yang juga menggambarkan dirinya sebagai Persidangan
Gereja Ketujuh dan telah mengutuk penghormatan terhadap ikon.
0 ulasan:
Catat Ulasan