Isnin, 16 Disember 2013

LUAK MADU/BADGER

BADGER-Luak Madu
Saya tidak berminat mengkaji dan memperincikan apakah itu Luak Madu secara menyeluruh melibatkan anatominya.Saya hanya paparkan bagaimana binatang ini memperjuangkan hidupnya dikalangan haiwan-haiwan lain.
Apa yang ada pada keunikan Luak Madu ini saya adunkan sebagai satu prinsip dalam kehidupan yang patut manusia contohi
Mengapa pilih binatang ini sebagai sesuatu yang paling menarik perhatian saya:-
1.      Keunikan gerak gerinya
2.      Semangat mendapatkan apa yang dikehendakinya
3.      Strategi dan kebijaksanaannya menghadapi musuh,tekanan dan cabaran persekitaran
4.      Binatang kecil yang tangkas dan paling berani
5.      Mempunyai semangat jati diri,bertahan daripada bisa patukan ular
6.      Hak mutlak diperjuangkan
7.     

8.      Binatang ini merupakan salah satu spesies mustelid yang hidup di wilayah Afrika, Asia Barat daya dan India. Gambaran tentang Luak Madu dalam bentuk fizikal adalah pada gambar di atas.Ada juga yang menggambarkan Luak Madu itu adalah sejenis Munsang seperti gambar di bawah


9.       
         
Gambaran Luak Madu

·        Binatang ini paling berani di dunia dan menggunakan akal geniusnya dalam menghadapi semua tindakan walau di peringkat paling bahaya.
·        Haiwan yang suka menyendiri dan boleh bergantung hidup tanpa meminta bantuan pihak lain.
·        Akan bertindak ganas dan agresif apabila perlu
·        Mempunyai taktik dan strategi mengatasi kuasa atau kekuatan pihak lain
·        Jenis makanan yang istimewa berupa madu disamping memakan serangga dan haiwan lain seperti ular.Haiwan ini juga memakan tumbuhan seperti ubi dan saayuran.

NILAI MURNI KESELURUHAN PAPARAN INI.


A.     Perjuangan hidup yang ada asas
B.     Kuasa dan Keberanian tidak menjamin keuntungan pada masa tertentu
C.     Orang yang berkuasa,lebih kaya dan besar susuk badannya bukan satu penentu boleh menguasai pihak lain
D.     Setiap tindakan perlu dipertimbangkan sama ada kesannya akan menguntungkan dan merugikan diri sendiri mahupun  orang lain
E.      Kita ingin mengukir nama yang baik dan disegani di penampilan atas diri sendiri supaya akan diingat oleh ahli keluarga dan juga orang lain sepanjang masa
F.      Kebaikan yang kita fikir dan diusahakan tidak menjamin ganjaran yang baik juga,sebaliknya ketentuan kada dan kadar Allah.
G.     Copy paste untuk lihat video luak madu
H.      
I.        <iframe width="420" height="315" src="//www.youtube.com/embed/Ua3M1O-WQrM" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>




0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Designed By Blogs Gone Wild!