Khamis, 29 Mei 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pandangan-pandangan mengenai Jesus ialah kepentingan khusus yang diberikan oleh sesetengah agama kepada Jesus. Dua agama yang terbesar di dunia, iaitu agama Kristian dan agama Islam, menganggap Jesus sebagai seorang tokoh suci yang penting. Dalam agama Kristian, Jesus secara umumnya dianggap oleh penganut-penganut sebagai mempunyai ciri-ciri ketuhanan sebagai anak Tuhan dan Messiah. Dalam agama Islam, Jesus dianggap sebagai salah satu nabi Tuhan yang terpenting. Sudut pandangan kebanyakan agama yang lain berbeza dari menganggapnya sebagai nabi palsu (aliran utama agama Yahudi) ke guru bermakrifat (agama Buddha). Yang lain memperlihatkan Jesus sebagai manusia biasa (Pemikiran bebas, Ateisme, Agnostisisme).
Kebanyakan kumpulan yang memperkenalkan diri sebagai penganut Kristian mempercayai Jesus adalah jelmaan Tuhan, yaitu Tuhan mengambil sifat dan bentuk manusia, dan merupakan personaliti kedua dalam Triniti Suci yang datang ke bumi untuk menyelamatkan manusia daripada dosa dan kematian melalui pengorbanan tumpah darah sendiri, dan yang kemudian kembali dari kematiannya untuk bersama-sama dengan Bapanya di Syurga. Bagaimanapun, sebilangan kumpulan yang memperkenalkan diri sebagai penganut Kristian, secara umumnya dianggap sebagai di luar aliran utama pemikiran Kristian, termasuk Saksi-saksi Jehovah, penganut-penganut Unitarianisme dan Ahli-ahli Sains Kristian, mempercayai Jesus diilhami oleh Tuhan, tetapi bukan jelmaan Tuhan pada dirinya.
Sebahagian besar mazhab-mazhab agama Kristian (secara umumnya termasuk Katolikisme, agama Kristian Ortodoks, dan kebanyakan bentuk Protestantisme kecuali Restorationisme) memperoleh fahaman mereka daripada persetujuan yang dicapai dalam Majlis Pertama Nicaea pada tahun 325 (dikenali sebagai Fahaman Nicene) dalam bentuk Fahaman Constantinople (381), walaupun tema-tema utama Fahaman Nicene telah dikomunikasi dan diterima secara meluas oleh penganut-penganut gereja Kristian yang awal. Selain daripada kepercayaan kepada "satu Tuhan, Bapa, Maha Agung, pencipta syurga dan bumi..." dan dalam "Roh Kudus, Tuhan dan pemberi hidup, Yang berpunca daripada Bapa Templat:Allah...", fahaman ini mengaku kepercayaan kepada:
Ketua Paderi Kristian Seluruh Sabah Memeluk Islam |
BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajian yang cukup mendalam lagi terperinci berasaskan pengalaman menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. Apa yang dihuraikan beliau itu adalah iktibar buat mereka yang MURTAD DARI AGAMA ISLAM.
Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya, maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam.
Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang dilahirkan sebagai saorang Kristian dan menghabiskan sebahagian besar dalam hidupnya untuk belajar menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah, contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu, Pairin Kitingan.
Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi.
0 ulasan:
Catat Ulasan