Rabu, 22 April 2015
ALLAH ITU MAHA SEGALANYA
Tidak Tahu Membaca Al-Quran Tapi
Kuburnya Bercahaya
Seorang lelaki melewati sebuah kawasan
perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba dia terpandang suatu
cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke
langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.
Terpegun dan kaku melihat
kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang
sangat istimewa. Samada ia seorang wali Allah atau ulama atau orang soleh yang
istimewa kedudukannya di sisi Allah. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di
atas kubur yang bercahaya itu.
Keesokannya, lelaki itu datang
lagi ke kawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin
menyelidik dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.
Apakah seorang tuan guru atau
wali Allah atau alim ulama atau orang soleh yang terkenal?
Bila bertanya kepada orang
kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah
kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung
bersama isterinya.
Untuk mengetahui dengan lebih
lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isterinya lalu
menceritakan keajaiban yang dilihat di kubur suaminya.
Anehnya isteri simati terkejut
dan kehairanan. Dia sangat mengenali suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa.
Suaminya seorang petani. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan
orang soleh, bukan juga imam, bukan muazzin, bukan guru Al-Qur'an.
Malah suaminya tidak pandai
membaca Al-Qur'an dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Al-Qur'an.
Perkara ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri
simati.
Akhirmya lelaki itu bertanya,
apakah perkara-perkara pelik yang simati selalu lakukan dalam kehidupan
hariannya.
Akhirnya isteri arwah tersebut
teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum
tidur pada setiap malam, suaminya akan mengambil wudhuk, kemudian masuk di
dalam suatu bilik lalu diambilnya Al-Qur'an di atas rak, lalu dicium dan
dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.
Ia akan duduk dan membelek
Al-Qur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan dia
seorang yang buta. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Al-Qur'an itu dengan
tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang sangat
dikasihi. Tambah isteri simati lagi, dia pernah mendengar rintihan dan esakan
tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana
aku tidak mampu membaca kalimah-Mu. Janganlah Engkau hukum aku di atas
kebodohanku ini.”
“Wahai Kalam Allah, maafkan
kesalahanku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat
dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku
sangat mencintaimu“.
“Wahai Kalaamullah, janganlah
engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Tuhan diakhirat
nanti”.
Cerita isteri simati lagi.
Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al-Qur'an, buah
hati kesayangannya.
Begitulah suaminya setiap malam
sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat Al-Qur'an kesayangan suaminya
itu.
Benar dan sangat mengharukan
apabila dia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya
kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di
kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka
lembaran yang maha suci ini.
Pastinya lelaki ini sangat mulia
peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh Al-Qur'an. Dia sangat mengasihi
kalimat Tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Tuhan dengan seluruh
jiwa dan raganya.
Marilah kita menghidupkan Al
Qur'an di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang
masa.
Subhaanallah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan