Khamis, 14 Ogos 2014

MANUSIA TIADA BATAS BERLAKU BUAS

Manusia terlalu berani dan tidak ada batasan bertindak melebihi binatang,tidak lagi menghargai hak hidup dan nyawa orang lain.Ini disebabkan kuasa luarbiasa dan keajaiban dalam agama tidak menampakkan kuasa dan balasan terhadap apa saja perlakuan manusia.Apa yang terkandung dalam kitab buka lagi satu panduan dan tidak gerun serta tidak takut terhadap apa saja yang tertulis dalam kitab.Oleh kerana tidak nyata dan tidak serta merta kesan dan balasan ke atas perbuatan jahat manusia maka manusia tidak lagi menuntut ajaran kitab.Kuasa di hati dana perlaksanaan pada tindakan yang berbagai.Tembak,tikam,sembelih dan cincang daging manusia bukan sesuatu yang malu atau kekok dilakukan.Balasan daripada segala perbuatan itu tidak ditakuti,tidak digeruni dan tidak menakutkan.Macam meneguk air ketika haus.Golongan atau pihak yang tidak suka dan membenci tindakan manusia durjana ini sentiasa berdoa dan menghendaki supaya pelakunya ditimpa bala,lankat dan kehancuran,apapun tidak ada kesannya,apapun tidak ada apa apa yang berlaku seperti yang diharapkan.Mengapa ini berlaku sedemikian?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Designed By Blogs Gone Wild!