Selasa, 3 Disember 2024

TEORI DARWIN

 Teori Darwin terhadap asal-usul manusia amat tidak menyenangkan kerana keimanan hanya membenarkan bahawa manusia adalah keturunan Adam iaitu khalifah fil `ardh. Walau bagaimanapun, dalam dunia sains, pemerhati sejarah alam semulajadi (Natural History) telah menyaksikan banyak bukti pemerihalan evolusi penyebaran spesies dan kepupusan di seluruh dunia sebagaimana Teori Darwin dan Teori Wallace. Konflik ini menjadi asbab tiada yang berani bangkit untuk membawa pencerahan kepada bukti-bukti pandang alam tersebut dan perkaitannya dengan manusia, manakala pensekularan sains dengan agama mengaburi pengetahuan sejarah alam yang memberi dampak kepada bidang biologi. Sebenarnya, Al-Qur’an telah memberikan gambaran tentang kehidupan di bumi malah menyatakan dengan jelas bahawa tamadun-tamadun manusia terdahulu adalah jauh lebih maju daripada yang dinikmati sekarang. Ini bercanggah daripada yang diperihalkan oleh ahli sejarah disebabkan kerangka yang mendasarinya adalah kerangka evolusi Darwinian. Apa yang perlu sekarang adalah satu kerangka dalam menyangkal teori-teori tersebut berdasarkan pendekatan Sains Tauhidik. Kertas ini bertujuan membawa satu pencerahan yang ‘radikal’ tentang kejadian manusia berbanding makhluk lain melalui pendekatan “elemental”; “divisional” dan “historical” dan akhir sekali melakar pohon leluhur hidupan (The Tree of Life) yang lebih nyata (tanpa kehadiran manusia),

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Designed By Blogs Gone Wild!