Isnin, 7 April 2025

HIDUP DAN MATI

 Hidup yang menjurus kepada kewujudan,keberadaan dan terciptanya sebuah kenyataan yang didorong sokong oleh deria untuk merasa nikmat,susah payahnya mengatur urus perjalanan jasad yang dilengkapi pancaindera.

Merasai kehidupan bergantung kepada peluang hayat yang dimulai hubungan lawan jenis jantina.Hayat boleh berakhir dalam kandungan,saat dilahirkan,ketika bayi,kanak kanak,remaja,dewasa dan setelah tua.Segalanya bergantung kepada keberuntungan nasib bila dan di mana terhapus padam kehidupan yang bergantung nafas dan nyawa.

Apakah itu mati untuk manusia,boleh di sederhanakan pengertian mati itu ke bahasa paling mudah difahami,mati itu hilang tanpa kembali dan dicari tidak akan ditemui secara lahiriah dan bersemuka.Mati dan lupus jasad boleh di dalam tanah kerana dikubur,boleh mereput hancur di permukaan tanah atau dalam air.

Hidup manusia didisplinkan oleh agama yang menawarkan ganjaran syurga jika berkelakuan baik dan neraka sebagai tempat jika berbuat jahat dalam melalui setiap aspek kehidupan.Setiap agama ada amalan,kepercayaan dan pelbagai cara ibadahnya namun menyandarkan Allah atau Tuhan sebagai penguat pegangan beragama.Tuhanlah yang menjadikan alam,cakrawala dan segala makhluk yang hidup dan yang tidak bernyawa,Tuhanlah yang menentukan segala kejadian serta  takdir.

Hidup itu nyata manakala alam mati masih rahsia kepada manusia yang masih hidup,tidak diketahui sebab tidak ada daripada yang hidup ini melalui,mengalami,menempuh alam kematian kemudian hidup kembali dan dapatlah diceritakan,khabarkan dan dibanding dua situasi iaitu masa hidup dan masa mati itu bagaimana.

Benar juga kata hidup hanya sementara,pinjaman dan tidak kekal.

Bagaimana hebat dan ditahap mana pun bijak,pintarnya manusia tidak boleh menghidupkan yang sudah mati mencipta ubat,cara dan dengan formula berorientasikan teknologi dan sains untuk memutlakkan hayat hidup kekal manusia mahu pun menunda umur lebih daripada dua ratus tahun.

Apa pun mati itu mutlak,kehidupan berterusan tidak boleh dibeli.Penyebab kematian apabila rujuk agama segalanya atas kuasa Tuhan.

Benarkah Tuhan itu wujud,setiap agama tidak menafikannya cuma cara dan pendekatan sangat berbeza,jadi agama mana yang benar,adakah hanya satu Tuhan dirujuk urus segala yang berbeza itu?

Masing masing pengikut dengan percaya pihaknya benar dalam agama yang Tuhan diperakui berada di dalamnya.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Designed By Blogs Gone Wild!